Lima
Musim Berlalu
Hari
Jumaat yang lepas menyaksikan detik2 kegembiraan di kalangan sahabat2
saya di Sheffield. Majlis 'Graduation Day' yang dinanti2kan selama
ini, Alhamdulillah telah berlangsung dengan jayanya. Majlis yang
berlangsung selama lebih kurang sejam setengah, menandakan berakhirlah
perjuangan mereka di bumi Sheffield selama 3 tahun.
Alhamdulillah,
saya dapat menyaksikan kedua2 sesi konvo, iaitu sesi pagi dan
petang. Terasa tidak sabar pula untuk 'grad' selepas menyaksikan
majlis konvo tersebut. Walaubagaimanapun, saya masih ada setahun
(MEng) yang perlu ditempuhi dengan tekun dan sabar. Sesungguhnya,
cabaran 'study' untuk tahun yang akan datang ini amatlah tinggi.
Kini
berakhirlah sesi kehidupan saya dengan rakan2 sekolej saya selama
5 tahun. Masih lagi saya ingat di hari pendaftaran di KMYS, pada
January 2000. Saya ditempatkan di chalet 8, di kawasan2 yang berdekatan
dengan chalet rakan2 yang lain. Masih lagi saya ingat sesi dihukum
beramai2 di Bilik TV di KMYS. Kami telah disuruh untuk berdiri
dengan membengkokkan lutut selama lebih kurang sejam, atas alasan
kami tidak tahu menghormati senior yang lebih tua. Masih lagi
saya ingat pengalaman orientasi bersama2 rakan2 PETRONAS yang
lain di Kolej UNITI, Port Dickson dengan aktiviti kemuncaknya
berkayak sejauh 8 km. Masih lagi saya ingat perjalanan hidup kami
seharian di kolej, selama setahun setengah. Saat bersarapan beramai2
di Dining Hall, solat berjemaah di Musolla dan bermain bola beramai2
di padang 'New Trafford'.
Selepas
kolej, bertaburanlah kami di bumi UK demi mencari jalan masing2.
Walaubagaimanapun, saya dan beberapa rakan yang lain seolah2 tidak
mahu berpisah. Kami telah memilih University of Sheffield sebagai
medan perjuangan kami seterusnya. Tahun pertama di bumi Sheffield,
saya duduk serumah dengan Reza, Taufik dan Fizen. Peluang duduk
bersama2 di negara orang sedikit sebanyak mengubat kerinduan kami
kepada keluarga. Sekurang2nya kami di bumi Sheffield ini tidaklah
keseorangan. Tahun pertama, kami menetap di rumah kedai di London
Road. Dengan bayaran 130 pound sebulan, kami hidup di rumah yang
agak sempit dan agak jauh dari kelas, iaitu selama 30 minit berjalan
kaki. Kesusahan dan kepayahan kami harungi bersama2, semakin hari
semakin menguatkan ukhuwah kami. Masih lagi saya ingat, di kala
kami first year, kami akan makan beramai2 di dapur, dari breakfast
hinggalah dinner setiap hari. Betapa kami mementingkan sesi makan
bersama2 housemate demi menguatkan ukhuwah yang sedia tertaut.
Di dalam sedar atau tidak, setahun telah ditempuhi. Berakhirlah
tahun pertama, tahun kedua yang lebih mencabar menanti di hadapan.
Tahun2
berikutnya menyaksikan kami menjalani kehidupan di rumah yang
baru, di Wilkinson Street yang ternyata jauh lebih selesa dan
dekat dengan kawasan university. Kini, kami duduk berenam dengan
Hanifa dan Kimal sebagai housemate baru. Tahun ini juga menyaksikan
ramai student2 baru datang ke Sheffield. Maka bertambahlah kenalan2,
dan bertambah meriahlah masyarakat Melayu Sheffield. Walaubagaimanapun,
tugas study yang memenatkan telah menghalang kami daripada menjalani
kehidupan seperti semasa tahun pertama dahulu. Kini kami lebih
kerap mengunci diri di dalam bilik dan jarang dapat makan bersama2
seperti dahulu. Kalau dahulu kami akan berkongsi untuk membeli
susu, kini tidak lagi. Kalau dahulu kami selalu 'berkenduri' bersama2,
kini tidak lagi. Walaubagaimanapun, kami menerima hakikat bahawa
kehidupan kami sekarang dipenuhi dengan tanggungjawab study yang
lebih 'demanding' hingga tidak lagi dapat untuk menghabiskan lebih
banyak masa bersama.
Kini,
berakhirlah sudah perjalanan. Tahniah saya ucapkan kepada sahabat2
saya sekalian di atas kejayaan memiliki segulung ijazah yang akan
menentukan masa depan kita selepas ini. Kenangan2 lepas akan sentiasa
saya ingati dan hargai. Selepas ini, masing2 akan membawa diri
ke alam kehidupan sebenar yang lebih banyak cabaran dan dugaan.
Masing2 akan menghadapi alam yang secara zahirnya benar2 berlainan.
Itulah alam dewasa, yang perjalanannya selepas ini begitu panjang.
Pengakhirannya masih begitu jauh, samaada kita inginkan pengakhiran
yang baik atau buruk, adalah terpulang kepada niat kita sekarang.
Bagaimana kita bermula melangkah ke alam dewasa, bagaimana kita
'set'kan tujuan hidup kita selepas ini, ke arah mana kita mahu
bergerak, semua itu akan mempengaruhi kehidupan kita buat 20-30
tahun yang akan datang. Betulkanlah niat, dan ingatlah kehidupan
kita di dunia ini adalah tidak lebih sebagai jambatan kepada kehidupan
kita di akhirat nanti. InshaAllah, kita akan sentiasa berada di
bawah petunjukNya.
Selamat
tinggal sahabat2ku. Kini tamatlah lima musim yang penuh suka dan
duka. Sesungguhnya kita selepas ini adalah di atas jalan berlainan,
jalan yang masing2 inginkan, maka berusahalah semua dengan bersungguh2,
moga2 semua berjaya inshaAllah. Terima kasih di atas segala2nya
selama ini, dan GOOD LUCK di dalam menjalani kehidupan baru. Ampuni
segala salah silap saya selama ini dan halalkanlah makan minum
saya.
Tamatlah
coretan saya di Manchester Airport, sementara menanti flight MH11
yang akan membawa saya pulang.
Aquulu
qauli haazha, astaghfirullah al adzeema lii walakum
posted
by M Faidz at 0533- 25 July / 7 Jamadil Akhirl
go to top... |